PROGRAM MESRA HARI BERTEMU PELANGGAN KERAJAAN NEGERI PERAK SIRI 5 TAHUN 2026

PROGRAM MESRA HARI BERTEMU PELANGGAN KERAJAAN NEGERI PERAK SIRI 5 TAHUN 2026

21 Julai 2026
Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) telah menganjurkan Majlis Ramah Mesra Bersama Kontinjen Sukan Berbasikal dan Menembak Negeri Perak sebagai tanda sokongan kepada para atlet serta barisan kejurulatihan yang bakal menggalas cabaran di Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026.
 
SSI telah diberi kepercayaan oleh Kerajaan Negeri Perak sebagai Agensi Angkat bagi sukan berbasikal dan menembak. SSI sentiasa komited dalam menyokong pembangunan sukan negeri serta menyuntik semangat kepada para atlet untuk terus berjuang dan mengharumkan nama Negeri Perak.
 
Majlis ini turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan serta menyemarakkan semangat kebersamaan antara SSI dengan para atlet dan barisan kejurulatihan, di samping memberikan sokongan moral kepada kontinjen yang bakal berjuang di temasya SUKMA XXII Selangor 2026.
 
Semoga seluruh kontinjen diberikan kekuatan, dipermudahkan segala urusan serta berjaya mempamerkan prestasi terbaik demi Negeri Perak.
Skip to content