PROGRAM SANTUNI RAKYAT, MEMPERKASA URUSAN TANAH DI DAERAH TELUK INTAN

PROGRAM SANTUNI RAKYAT, MEMPERKASA URUSAN TANAH DI DAERAH TELUK INTAN

20 Julai 2026
Program Santuni Rakyat, Memperkasa Urusan Tanah telah berlangsung pada 20 Julai 2026 di Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan dan disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad.
 
Program anjuran Kerajaan Negeri Perak ini turut menyaksikan pelancaran Chatbot Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak sebagai satu lagi langkah ke arah memperkasa penyampaian perkhidmatan digital serta memudahkan urusan tanah kepada rakyat.
 
Majlis turut diteruskan dengan penyampaian hadiah Program Cabutan Bertuah Kempen Insentif Khas Pakej Patuh Perak Sejahtera 2026 sebagai tanda penghargaan kepada pemilik tanah yang menjelaskan cukai tanah dalam tempoh yang ditetapkan serta menggalakkan budaya pematuhan pembayaran cukai tanah secara konsisten.
 
Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) turut mencatatkan kejayaan apabila diumumkan sebagai pemenang hadiah tempat kedua menerusi cabutan bertuah dan berjaya membawa pulang sebuah motosikal Benelli Panarea 125.
 
Tahniah kepada semua pemenang. Semoga inisiatif seperti ini terus memperkukuh budaya pematuhan pembayaran cukai tanah, di samping menyokong agenda pendigitalan perkhidmatan awam dan pembangunan Negeri Perak yang lebih mampan serta sejahtera.
 
Skip to content