ZIARAH PRIHATIN: SOKONGAN DAN DOA BUAT WARGA KERJA SSI

ZIARAH PRIHATIN: SOKONGAN DAN DOA BUAT WARGA KERJA SSI

19 JUN 2026
Sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan warga kerja, Ketua Pegawai Eksekutif SSI, Encik Zulkefli bin Abdullah, bersama beberapa warga kerja SSI yang berkesempatan, telah mengadakan ziarah kepada salah seorang kakitangan SSI, Encik Mohd Putra Alif, yang kini sedang menjalani proses pemulihan selepas mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL). Beliau telah menerima rawatan di Pantai Hospital serta menjalani pembedahan bagi merawat kecederaan tersebut.
 
Dalam kunjungan tersebut, Encik Zulkefli turut menyampaikan kata-kata semangat dan sokongan kepada Encik Mohd Putra Alif serta mendoakan agar beliau dikurniakan kesembuhan yang segera, diberikan kekuatan sepanjang proses pemulihan, dan dipermudahkan segala urusan sehingga kembali sihat serta dapat meneruskan tugas seperti sediakala.
Skip to content