Sesi Perbincangan Strategik Bersama SSI telah diadakan antara Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif SSI, Encik Zulkefli bin Abdullah bersama Encik Mohd Ikram Bin Ahmad, Setiausaha Bahagian DUN & MMK sebagai satu langkah awal untuk membina jaringan kerjasama, memahami dengan lebih mendalam fungsi serta peranan pelbagai pihak berkepentingan dalam pentadbiran kerajaan negeri, serta memperkukuh komunikasi dua hala yang konstruktif dan strategik, selaras dengan keperluan semasa dan aspirasi pembangunan negeri.