Kejohanan Indoor Games anjuran Kelab Kebajikan dan Rekreasi Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (KELASSi) telah berjaya dilangsungkan dalam suasana yang ceria, mesra dan penuh energi positif.
Antara acara yang dipertandingkan:
Program ini bukan sekadar pertandingan, tetapi menjadi medium untuk mengukuhkan hubungan sesama ahli , menggalakkan gaya hidup sihat, dan membina semangat kerja berpasukan dalam suasana santai dan menyeronokkan.
Syabas kepada semua pemenang atas prestasi hebat, dan setinggi-tinggi penghargaan buat jawatankuasa KELASSi yang komited memastikan kejohanan ini berjalan lancar dari awal hingga akhir.












