Semangat persiapan menyambut Ramadhan yang penuh keberkatan dikongsi bersama dalam sesi penyerahan goodies Ramadhan oleh Encik Zulkefli bin Abdullah, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif kepada warga kerja SSI baru-baru ini.
Penyerahan Goodies ini turut disampaikan kepada wakil Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Perak, wakil Jabatan Pendakwaan Syariah, waki Perak FC yang merupakan penyewa di Menara SSI serta wakil syarikat kawalan keselamatan dan kontraktor pembersihan bangunan. Diharapkan ianya dapat menceriakan waktu bersahur dan waktu berbuka puasa, sekaligus membawa kegembiraan dan bertenaga untuk menjalani ibadah di bulan yang mulia ini.
Semoga Ramadhan kali ini memberi keberkatan, mengeratkan silaturahim sesama kita serta meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.











