Skip to content Skip to footer

STATE LEADERSHIP RETREAT (SLR) 2025 : PERAK SEJAHTERA 2030

Program ini menghimpunkan kepimpinan tertinggi di peringkat jabatan, agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang menerajui gerak kerja Perak Sejahtera 2030.
SLR kali ini diadakan pada 12-14 Februari di Desaru, Johor bagi mendapatkan perspektif pembuat dasar sebelum Kajian Separuh Penggal Perak Sejahtera 2030 bergerak ke fasa selanjutnya.
 
YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak dalam ucapan penutupnya berharap agar program ini dapat membentuk hala tuju dan pelaksanaan yg lebih segar kepada Pelan Perak Sejahtera 2030.
 
Di samping itu, beliau turut menyeru agar semua pihak menyusun strategi baru bagi merancakkan lagi gerak kerja 2025 untuk menghasilkan output yang lebih efektif.
 
SSI Perak diwakili Pemangku Ketua Pegawai Ekaekutif, En. Zulkefli bin Abdullah dan Eksekutif Projek En. Muhamad Izzat bin Othman.
 
Selaku GLC Negeri yang dipertanggungjawabkan dalam pembangunan hartanah di Negeri Perak, SSI akan terus komited bagi merealisasikan pelaksanaan Pelan Perak Sejahtera 2030 khususnya dalam menyediakan perumahan mampu milik kepada rakyat Negeri Perak di samping pembangunan projek berimpak tinggi seperti Ipoh Sentral.

Perbadanan Setiausaha  Kerajaan Negeri Perak,
No. E-10-2, Menara SSI,Soho Ipoh 2,
Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak DR.

Penafian Laman

Pihak SSi tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini.

Statistik Pelawat

Hakcipta Terpelihara © 2026. Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Skip to content