Majlis Aspirasi Keterjaminan Makanan Negeri Perak 2025 telah diadakan pada 22 Januari 2025 yang telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Saarani Bin Mohamad, Menteri Besar Perak.
Pada masa yang sama, majlis turut meraikan komitmen dan kerjasama daripada jawatankuasa dan petugas Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024.
YAB Menteri Besar turut menyampaikan sijil penghargaan kepada GLC atas sumbangan sebagai penaja utama MAHA 2024.