Projek Usahasama antara SSI dan Syarikat Special Pixel Sdn. Bhd. Diatas tanah milik SSI berkeluasan 5.745 ekar di Persiaran Desa Rishah, Buntong Mukim Hulu Kinta, Daerah Kinta Perak Darul Ridzuan
Projek ini menawarkan unit-unit Rumah Teres 2 tingkat iaitu 18 unit fasa 1, 16 unit fasa 2 dan 28 unit fasa 3, manakala kedai pejabat 2 tingkat 11 Unit, status kemajuan semasa bagi projek ini telah mencapai 80.00% (fasa 1), 30.00% (fasa 2) dan 80.00% bagi kedai pejabat. Kediaman bagi fasa 1 dan kedai pejabat dijangka mendapat kelulusan Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) pada suku pertama tahun 2025 manakala kediaman fasa 2 dijangka siap pada tahun 2026.




