Perbadanan Setiausaha Kerajaan NegerI Perak (SSI) telah terlibat dalam Program Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak 2024 siri ke-7 yang telah berlangsung pada hari ini di Stadium Indera Mulia.
Dalam program tersebut , ketua jabatan dan agensi-agensi yang terlibat bersama-sama YAB Menteri Besar Perak dan barisan ahli mesyuarat kerajaan negeri akan bersedia di kaunter khidmat pelanggan yang telah disediakan bagi menyantuni dan mengambil maklum mengenai aduan daripada rakyat negeri Perak.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif SSI, Encik Zulkefli bin Abdullah telah hadir sendiri dalam program tersebut bagi menangani sebarang isu permasalahan yang melibatkan SSI.





