Skip to content Skip to footer

MAJLIS PERTUKARAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) DI ANTARA PERBADANAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERAK (SSI) DAN JABATAN PERTANIAN NEGERI PERAK

Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) dan Jabatan Pertanian Negeri Perak bagi Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), Sungkai, Perak telah diadakan pada 17 September 2023 bertempat di Pavilion Negeri Perak di Maeps, Serdang dan telah disaksikan oleh YAB Dato’ Seri Saarani Bin Mohamad,Menteri Besar Perak dan YB Dato’ Ahmad Suaidi Bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.
 
Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Sungkai, Daerah Batang Padangmempunyai keluasan 420 hektar/1,039.572 ekar adalah tanah milik Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) dengan kerjasama strategik bersama Jabatan Pertanian Negeri Perak.
 
Projek TKPM ini mempunyai 3 fasa iaitu fasa 1 berkeluasan 157.3 hektar/388.696 ekar telahdibangunkan dengan tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan, fasa 2 berkeluasan 165.45 hektar/408.835 ekar (dalam peringkat bancian), manakala baki keluasan seluas 97.25 hektar/240.309 ekar bagi fasa 3 akan dibangunkan pada masa akan datang.
 
Seramai 30 orang peserta di bawah Jabatan Pertanian Negeri Perak yang terlibat dalam projek TKPM Sungkai. Berdasarkan data 2023, jumlah pengeluaran yang tertinggi adalah tanaman sengkuang dengan jumlah 4,176 mt iaitu mencatatkan 82% dari keseluruhan hasil pengeluaran tahun 2023 di TKPM Sungkai. Manakala bagi tanaman ubi keledek pula, jumlah pengeluaran yang direkodkan adalah sebanyak 407.4 mt dan jumlah ini meliputi 8% jumlah pengeluaran pada tahun lalu.
 
Selain itu, lain-lain tanaman yang ditanam di TKPM Sungkai ialah jambu batu, bendi, terung dan limau kasturi. Kerjasama strategik ini juga merupakan salah satu inisiatif ESG SSI Perak khususnya dalam membantu peserta-peserta TKPM yang terdiri daripada petani-petani kecil untuk meningkatkan pendapatan mereka serta komitmen Perbadanan ini dalam menjayakan Pelan Perak Sejahtera 2030 khususnya dalam sekuriti makanan.

Perbadanan Setiausaha  Kerajaan Negeri Perak,
No. E-10-2, Menara SSI,Soho Ipoh 2,
Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak DR.

Penafian Laman

Pihak SSi tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini.

Statistik Pelawat

Hakcipta Terpelihara © 2026. Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Skip to content