Majlis Penyerahan Kunci Rumah Perakku @ Parit Buntar Fasa 1 dan Majlis Pecah Tanah Rumah Perakku @ Parit Buntar Fasa 2 telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Saarani Bin Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan pada 5 September 2024 di Taman Kerian Putra.
Rumah Perakku @ Parit Buntar Fasa 1 ini menawarkan 150 unit dengan keluasan 860 kaki persegi seunit mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi dengan harga jualan bermula dari RM95,000 seunit selepas potongan subsidi oleh Lembaga Perumahan Hartanah Perak (LPHP).
Manakala, bagi Rumah Perakku @ Parit Buntar Fasa 2 sebanyak 100 unit akan dibina dan dijangka siap pada tahun 2026.
Tahniah diucapkan kepada 24 penerima kunci Rumah Perakku @ Parit Buntar Fasa 1 yang merupakan sebahagian daripada pembeli yang hadir pada hari ini. Semoga dengan pelaksanaan projek pembangunan seumpama ini dapat memberi manfaat kepada rakyat perak untuk memiliki rumah sendiri dan menikmati kualiti hidup yang lebih baik.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.










