Telah berlangsung perlawanan persahabatan badminton di antara Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) bersama dengan Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) bertempat di Arena Badminton Perak.
Perlawanan persahabatan ini melibatkan seramai lebih kurang 32 orang pemain, 16 pemain dari setiap pasukan. Terdapat beberapa kategori perlawanan telah diadakan antaranya beregu lelaki, beregu wanita dan juga beregu campuran.
Tujuan perlawanan persahabatan ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim diantara jabatan GLC.