Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) telah memberi sumbangan tiga (3) buah bot kepada nelayan darat bertempat di Dataran Sungai, Jambatan Victoria, Enggor pada 20 Julai 2024.
Majlis penyerahan sumbangan bot tersebut disampaikan oleh YB Dato’ Haji Mohd Zolkafly Bin Haji Harun, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan,Pertanian dan Industri Makanan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lintang dan diiringi oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif SSI, YBrs. Encik Zulkefli Bin Abdullah. Turut hadir Orang Besar Jajahan Kuala Kangsar, YDH Toh Maharaja Indera Dr. Khairil Anuar Bin Arshad dan Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Kangsar, YBrs. Dr. Sakduddin Bin Zamli.
Pada Majlis yang sama turut diadakan Jualan Rahmah kedai bergerak dengan kerjasama YBU dan SADC yang menawarkan potongan harga 20% bagi barang-barang keperluan harian.











