Skip to content Skip to footer

MAJLIS PEMBENTANGAN LAPORAN KEMAJUAN TAHUN KEDUA PERAK SEJAHTERA 2030

Majlis Pembentangan Laporan Kemajuan Tahun Kedua Perak Sejahtera 2030 telah diadakan pada 10 Jun 2024 bertempat di Dewan Merdeka Majlis Perbandaran Manjung.
 
Dalam pembentangan tersebut, YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohammad telah menggariskan kemajuan semasa dan kejayaan yang telah dicapai dalam setiap agenda Perak Sejahtera 2030. Beliau turut mengumumkan penambahan tiga agenda baharu dalam Perak Sejahtera 2030 iaitu Pembangunan Sosial, Kelestarian Alam dan Biodiversiti serta Pemerkasaan Pihak Berkuasa Tempatan.
 
YAB Dato’ Seri Saarani turut berkesempatan berkunjung ke ruang pameran SSI yang mempamerkan konsep susunatur dan ilustrasi bagi dua (2) projek berimpak tinggi dalam Negeri Perak iaitu Projek pembangunan Kompleks Terminal Jeti Penumpang dan Jeti Kargo Pulau Pangkor di Daerah Manjung serta Projek Pembangunan Ipoh Sentral yang terletak di Daerah Kinta.

Perbadanan Setiausaha  Kerajaan Negeri Perak,
No. E-10-2, Menara SSI,Soho Ipoh 2,
Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak DR.

Penafian Laman

Pihak SSi tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini.

Statistik Pelawat

Hakcipta Terpelihara © 2026. Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Skip to content