Karnival Mesra Anak Muda (KAMU) 2025
20–21 September | Stadium Indera Mulia, Ipoh
KAMU 2025 berlangsung dengan penuh meriah selama dua hari sebagai wadah perhimpunan anak muda untuk berkongsi minat, berhibur serta melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti bermanfaat. Program yang disusun merangkumi aktiviti sukan, rekreasi, bengkel interaktif, pameran, persembahan seni & hiburan, selain sesi motivasi bersama ikon belia.
Acara pembukaan rasmi dimulakan dengan Kayuhan Perak Sejahtera 2030 pada 20 September, dengan flag off disempurnakan oleh Encik Zulkefli bin Abdullah, Pemangku CEO SSI, bersama Encik Mohamad Hamidi bin Baharuddin, Setiausaha Politik kepada YAB Menteri Besar Perak.
Sebagai Rakan Penaja KAMU 2025, SSI Perak berbangga menyokong penganjuran ini sebagai komitmen berterusan untuk memperkasa bakat belia, memupuk gaya hidup sihat, mengukuhkan semangat perpaduan serta mendorong penglibatan aktif anak muda ke arah masa depan Perak yang lebih cemerlang.




