Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) berbesar hati dan mengalu-alukan kunjungan hormat Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (PSSI) bersama delegasi Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Perlis pada 18 September 2025 di Menara SSI.
Kunjungan ini diketuai oleh YB Yang Zaimey Bin Yang Ghazali, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, bersama pegawai kanan, bagi memperkukuh kerjasama antara kedua-dua pihak.
Sesi ini turut menjadi platform bermakna untuk bertukar pandangan, berkongsi pengalaman serta amalan terbaik dalam memperkasakan peranan Badan Berkanun Negeri, selaras dengan dasar dan pembangunan strategik negeri.





