BOWLING TOURNAMENT RPGC STAFF 2025
Pertandingan Boling Staf Royal Perak Golf Club (RPGC) telah berlangsung dengan meriah pada 29 September 2025 di Ampang Bowl, Ipoh Parade. Kehadiran Encik Zulkefli bin Abdullah, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif SSI merangkap Ahli Lembaga Pengarah RPGC bersama YBhg. Dato’ Haji Ishak bin Abd Rahman dan Encik Dalgit Singh A/L Bhgawan Singh turut menyerikan acara ini.
Penganjuran pertandingan ini bukan sahaja bertujuan mencungkil bakat dan minat dalam sukan boling, malah ia menjadi wadah untuk mengeratkan silaturrahim, memupuk semangat kerjasama serta menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan kakitangan. Suasana sepanjang acara dipenuhi dengan sorakan, gelak tawa dan semangat kesukanan yang tinggi.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan syabas kepada seluruh peserta serta pihak penganjur yang menjayakan program ini. Semoga pertandingan ini menjadi inspirasi kepada lebih banyak aktiviti sukan dan kekeluargaan di masa akan datang.










