MAJLIS MAKAN MALAM SSI TAKLIMAT PERKONGSIAN PERBADANAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERAK (SSI) BERSAMA AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI PERLIS
Sebagai usaha memperkukuh hubungan dan kerjasama antara Kerajaan Negeri Perak dan Kerajaan Negeri Perlis, satu sesi pembentangan dan perkongsian telah diadakan bertempat di Royal Perak Golf Club (RPGC) Ipoh melibatkan delegasi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) Perlis.
Pembentangan telah disampaikan oleh Encik Zulkefli bin Abdullah, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif SSI yang berkongsi mengenai konsep penubuhan, struktur tadbir urus serta peranan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) dalam memacu pembangunan dan pelaburan strategik negeri.
Majlis ini turut dihadiri oleh YAB Menteri Besar Perlis, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Ahli-Ahli MMK Perlis, serta barisan pegawai kanan kerajaan negeri, sekali gus mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh kerjasama antara kedua-dua negeri.








