Pada 17 Oktober 2025, Kejohanan Boling Tenpin SSI telah diadakan dengan penuh meriah di Ampang Superbowl, Ipoh Parade. Program ini bertujuan meningkatkan semangat kesukanan dan mempererat hubungan antara warga SSI serta Ahli Lembaga Pengurusan melalui aktiviti sukan yang menyeronokkan dan bersifat kebersamaan.
Sorakan semangat dan keceriaan jelas terpancar sepanjang kejohanan berlangsung, menggambarkan keakraban serta semangat berpasukan yang tinggi dalam kalangan peserta.
Diharapkan semangat dan kerjasama yang ditunjukkan sepanjang kejohanan ini akan terus menjadi inspirasi untuk warga SSI mencapai kecemerlangan bersama, bukan sahaja dalam arena kerja, tetapi juga dalam membina budaya organisasi yang harmoni dan berdaya maju.










