Skip to content Skip to footer

PROGRAM TEAM BUILDING SSI PERAK 2025

Pada 23 Oktober 2025, Program Team Building SSI Perak telah diadakan bertempat di Escape Ipoh dengan objektif untuk memupuk semangat kerjasama, memperkukuh komunikasi, dan membina kepercayaan antara warga kerja.
 
Program ini merupakan salah satu inisiatif SSI dalam usaha membangunkan modal insan yang cemerlang serta mewujudkan persekitaran kerja yang harmoni dan berdaya saing. Melalui pelbagai aktiviti mencabar yang dijalankan di Escape Ipoh, para peserta berpeluang menguji ketahanan diri, mengasah kemahiran bekerja dalam kumpulan, dan memupuk semangat kekitaan.
 
Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya mencapai matlamatnya dalam mempererat hubungan sesama kakitangan serta menyuntik semangat baharu kepada semua warga SSI untuk terus komited, produktif, dan berdaya maju dalam melaksanakan tanggungjawab bersama.

Perbadanan Setiausaha  Kerajaan Negeri Perak,
No. E-10-2, Menara SSI,Soho Ipoh 2,
Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak DR.

Penafian Laman

Pihak SSi tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini.

Statistik Pelawat

Hakcipta Terpelihara © 2025. Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Skip to content