Kejohanan Boling Tiga Penjuru antara Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (KELASSi), Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Perak (KASRIP) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Perak (SPARC) telah berjaya dilangsungkan pada 3 November 2025 di Ampang Superbowl, Ipoh Parade.
Program ini menjadi medan mempererat hubungan antara warga agensi melalui aktiviti sihat yang memupuk semangat kesukanan dan kerjasama berpasukan. Kejohanan berlangsung dalam suasana meriah dan penuh semangat dengan penglibatan aktif daripada semua pasukan.
Pasukan KELASSi dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan, diikuti oleh KASRIP di tempat kedua dan SPARC di tempat ketiga.
Tahniah kepada semua peserta atas semangat dan komitmen yang ditunjukkan. Semoga kejohanan ini terus menjadi pemangkin semangat kebersamaan dan mempererat jaringan kerjasama antara agensi kerajaan negeri Perak.











