Skip to content Skip to footer

KUNJUNG HORMAT PEMANGKU KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF SSI KE ATAS YANG DIPERTUA MAJLIS DAERAH MUALLIM

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif SSI, Encik Zulkefli bin Abdullah, telah mengadakan Kunjungan Hormat ke atas Yang Dipertua Majlis Daerah Muallim, YBrs. Dr. Shazree Idzham bin Wahab Abdul Rahman pada 4 November 2025, bertempat di Majlis Daerah Muallim.
 
Pertemuan ini bertujuan membincangkan hal-hal berkaitan pembangunan tanah milik SSI di Daerah Muallim, sejajar dengan perkembangan pesat daerah tersebut, khususnya dalam sektor automotif serta peningkatan permintaan terhadap perumahan baharu.
 
Sesi ini turut menjadi platform perbincangan dua hala bagi memahami keperluan dan keutamaan pihak berkuasa tempatan, terutama dari aspek teknikal, prosedur, dan penyeragaman maklumat, bagi memastikan proses permohonan Kebenaran Merancang (KM) dapat dilaksanakan secara lebih teratur dan efisien.
 
SSI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Majlis Daerah Muallim atas kerjasama, komitmen dan sokongan berterusan dalam memastikan urusan pembangunan tanah milik SSI di daerah tersebut dapat direalisasikan secara terancang dan berimpak positif.

Perbadanan Setiausaha  Kerajaan Negeri Perak,
No. E-10-2, Menara SSI,Soho Ipoh 2,
Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak DR.

Penafian Laman

Pihak SSi tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini.

Statistik Pelawat

Hakcipta Terpelihara © 2025. Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Skip to content