Perlawanan futsal persahabatan antara KELASSI FA dan LPHP FC telah berjaya dianjurkan pada 19 November 2025 di Gelanggang Futsal Jabatan Belia dan Sukan. Acara ini menerima penyertaan aktif daripada warga kerja yang terlibat dalam perlawanan.
Tahniah diucapkan kepada LPHP FC atas kemenangan pada perlawanan kali ini. Kedua-dua pasukan tetap mempamerkan semangat kesukanan, disiplin dan kerjasama yang mantap sepanjang permainan, sekali gus mencerminkan komitmen bersama dalam mengukuhkan hubungan antara agensi.
SSI berharap penganjuran program sebegini dapat diteruskan sebagai usaha mendorong gaya hidup sihat dan memperkukuh budaya sukan dalam kalangan warga kerja.







