Skip to content Skip to footer

BENGKEL PENILAIAN PRESTASI TAHUNAN (KPI) PERBADANAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERAK (SSI) 2025/2026

Bengkel Penilaian Prestasi Tahunan (KPI) SSI 2025/2026 telah berlangsung pada 21 November 2025 di D’Kelly Hotel, Ipoh. Bengkel dimulakan dengan sesi pembentangan pencapaian KPI 2025 oleh setiap bahagian, diikuti perbincangan terperinci mengenai sasaran KPI 2026.
 
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (PKPE), En. Zulkefli bin Abdullah turut memberikan pandangan strategik dan ulasan bagi memperkukuhkan pencapaian KPI sedia ada serta sasaran KPI tahun 2026.
 
Bengkel ini bertujuan menilai pencapaian tahun semasa, mengenal pasti ruang penambahbaikan, serta memastikan penyelarasan sasaran KPI antara bahagian selari dengan keutamaan strategik SSI. Melalui perbincangan terbuka dan kerjasama aktif, hala tuju KPI 2026 telah dirumuskan dengan jelas, terukur, dan berimpak, sekaligus mengukuhkan kefahaman bersama mengenai ekspektasi pengurusan dan peranan setiap warga SSI dalam mencapai prestasi terbaik.

Perbadanan Setiausaha  Kerajaan Negeri Perak,
No. E-10-2, Menara SSI,Soho Ipoh 2,
Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak DR.

Penafian Laman

Pihak SSi tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini.

Statistik Pelawat

Hakcipta Terpelihara © 2025. Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Skip to content