Kursus Pemikiran Kreatif telah diadakan pada 25 November 2025 bertempat di Menara SSI dengan penyertaan penuh daripada seluruh warga kerja SSI. Kursus ini dianjurkan oleh Unit Sumber Manusia sebagai salah satu inisiatif pembangunan modal insan yang bertujuan memperkukuh keupayaan serta potensi staf dalam melaksanakan tugas harian dengan lebih berkesan.
Bagi menjayakan program ini, Unit Sumber Manusia telah menjemput Encik Zakaria bin Tajuddin sebagai penceramah jemputan. Sepanjang sesi tersebut, para peserta didedahkan kepada pelbagai pendekatan dan teknik pemikiran kreatif yang boleh diaplikasikan dalam penyelesaian masalah, perancangan kerja dan penghasilan idea baharu.
Penganjuran kursus ini juga bertujuan memupuk budaya kerja yang lebih inovatif, dinamik dan terbuka kepada perubahan selaras dengan aspirasi SSI untuk terus meningkatkan tahap kecekapan organisasi. Melalui program seperti ini, diharapkan setiap warga kerja dapat memperluas perspektif, merangsang kreativiti serta menyumbang kepada peningkatan produktiviti dan kualiti perkhidmatan secara keseluruhan.







