Skip to content Skip to footer

SESI MENANDATANGANI PERJANJIAN SEWAAN ANTARA SSI PERAK DAN UTM HOLDINGS SDN. BHD.

SSI Perak dan UTM Holdings Sdn. Bhd. telah menandatangani Perjanjian Sewaan bagi tanah milik SSI di Mukim Chenderiang, Daerah Batang Padang. Perjanjian ini dimeterai oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif SSI Perak, Encik Zulkefli bin Abdullah, dan Ketua Pegawai Eksekutif UTM Holdings, Encik Ahmad Kamil Kushairi, pada 1 Disember 2025 bertempat di Menara SSI.
 
Kerjasama strategik ini memberi fokus kepada pembangunan Integrated Eco-Agro Tourism Development, merangkumi konsep pembangunan chalet-glamping, eco & agro experiential learning, serta aktiviti berteraskan alam semula jadi. Inisiatif ini bakal menawarkan pengalaman rekreasi dan percutian yang lebih holistik, selain menyediakan ruang untuk kursus, program team building, dan pembelajaran berasaskan pengalaman (experiential learning).
 
Melalui kerjasama strategik ini, SSI Perak dan UTM Holdings komited memperkasa pembangunan ekonomi negeri melalui sektor pelancongan. Inisiatif ini turut dijangka membuka peluang ekonomi baharu yang mampan, berimpak tinggi serta memberi nilai tambah kepada komuniti setempat

Perbadanan Setiausaha  Kerajaan Negeri Perak,
No. E-10-2, Menara SSI,Soho Ipoh 2,
Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak DR.

Penafian Laman

Pihak SSi tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini.

Statistik Pelawat

Hakcipta Terpelihara © 2025. Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Skip to content