Konvensyen Integriti dan Antirasuah Perak Sejahtera 2026 yang digabungkan dengan Majlis Peluncuran Program Keep Malaysia Clean (KMC) Peringkat Negeri Perak telah berlangsung pada 26 Januari 2026 dengan lancar dan berkesan sebagai satu inisiatif penting dalam memperkukuh nilai integriti, ketelusan serta tadbir urus yang berakauntabiliti.
Β
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Perak, Datoβ Seri Saarani Mohammad, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Perak dalam mendukung agenda integriti dan antirasuah. Program ini turut menghimpunkan barisan kepimpinan utama negeri termasuk YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, YB Penasihat Undang-Undang Negeri, YB Pegawai Kewangan Negeri serta wakil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perak, di samping pengarah dan ketua-ketua jabatan serta agensi.
Β
Penganjuran konvensyen ini menjadi wadah strategik ke arah memperkukuh kerjasama rentas sektor serta meningkatkan kesedaran dan kefahaman bersama dalam membudayakan integriti demi kesejahteraan negeri.
SSI turut dianugerahkan Sijil Rakan Strategik 2025 sebagai pengiktirafan terhadap sokongan dan penglibatan aktif dalam memperkukuh agenda integriti dan antirasuah.









