Skip to content Skip to footer

PROGRAM STATE LEADERSHIP RETREAT 2026

Program State Leadership Retreat 2026 merupakan platform strategik peringkat negeri bagi penyelarasan hala tuju, keutamaan dasar serta pendekatan pelaksanaan agenda pembangunan negeri. Program ini berfungsi memperkukuh kesepaduan dasar dan memastikan keselarasan tindakan antara kepimpinan negeri dan organisasi strategik dalam merealisasikan agenda pembangunan ekonomi dan industri secara berfokus, berimpak tinggi dan mampan.
 
Penyertaan SSI adalah selaras dengan mandat strategik organisasi dalam menyokong serta memperkukuh pelaksanaan dasar negeri melalui penjajaran perancangan, keutamaan pelaksanaan dan inisiatif pembangunan.
 
Penglibatan ini memperkukuh kedudukan SSI sebagai rakan strategik negeri serta menyokong keberkesanan pelaksanaan projek berimpak tinggi yang menyumbang secara langsung kepada pertumbuhan ekonomi dan peningkatan daya saing negeri.

Perbadanan Setiausaha  Kerajaan Negeri Perak,
No. E-10-2, Menara SSI,Soho Ipoh 2,
Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak DR.

Penafian Laman

Pihak SSi tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini.

Statistik Pelawat

Hakcipta Terpelihara © 2026. Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Skip to content