Skip to content Skip to footer

MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT SERTA MAJLIS IFTAR BERSAMA DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, berkenan menerima serahan zakat perniagaan bagi tahun kewangan 2025 daripada Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI).
 
Serahan zakat tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SSI, Encik Zulkefli bin Abdullah dengan jumlah zakat perniagaan sebanyak RM900,000.00 pada 25 Februari 2026 bertempat di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.
 
Majlis tersebut turut disusuli dengan Majlis Iftar bersama DYMM Paduka Seri Sultan Perak dalam suasana penuh keberkatan dan kesyukuran.
 
Kredit Foto : Setiausaha Kerajaan Negeri Perak

Perbadanan Setiausaha  Kerajaan Negeri Perak,
No. E-10-2, Menara SSI,Soho Ipoh 2,
Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak DR.

Penafian Laman

Pihak SSi tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini.

Statistik Pelawat

Hakcipta Terpelihara © 2026. Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Skip to content