Ceramah Agama sempena Bulan Ramadan anjuran KELASSI telah berlangsung pada 27 Februari 2026 (Jumaat) di Menara SSI dengan menampilkan A.F. Ustaz Haji Ahmad Nizam bin Amiruddin, Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Bahagian Dakwah sebagai penceramah jemputan.
Penganjuran program ini bertujuan menyemarakkan penghayatan Ramadan dalam kalangan warga kerja SSI, memperkukuh kefahaman berkaitan ibadah puasa serta amalan-amalan sunat, di samping meningkatkan kesedaran rohani dan pembentukan sahsiah diri yang lebih berintegriti.