Skip to content Skip to footer

KUNJUNGAN HORMAT KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF SSI PERAK KEPADA YAB MENTERI BESAR PERAK

Ketua Pegawai Eksekutif SSI, Encik Zulkefli bin Abdullah telah mengadakan kunjungan hormat kepada YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak, sebagai kunjungan rasmi beliau selepas pelantikan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.
 
Dalam pertemuan berkenaan, beliau turut membentangkan perkembangan projek-projek pembangunan Perbadanan serta perancangan dan hala tuju Perbadanan, selain mendapatkan pandangan, nasihat dan amanat daripada YAB Menteri Besar dalam usaha memperkukuh tadbir urus serta mempertingkat keberkesanan pelaksanaan program dan inisiatif Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI).
 
Pertemuan yang berlangsung dalam suasana profesional dan penuh mesra itu mencerminkan hubungan kerjasama yang erat serta kesepakatan bersama dalam memastikan SSI terus berperanan secara proaktif demi kemajuan dan kesejahteraan Negeri Perak.

Perbadanan Setiausaha  Kerajaan Negeri Perak,
No. E-10-2, Menara SSI,Soho Ipoh 2,
Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak DR.

Penafian Laman

Pihak SSi tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini.

Statistik Pelawat

Hakcipta Terpelihara © 2026. Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Skip to content