17 Mac 2026 — Dalam menyemarakkan keberkatan bulan Ramadan, KELASSI telah menganjurkan Program Gotong-Royong Memasak Bihun Sup.
Ahli KELASSI yang terlibat telah berganding bahu menyediakan juadah tersebut untuk dikongsi bersama agensi kerajaan berhampiran sebagai juadah berbuka puasa.
Program ini mencerminkan semangat kebersamaan dan keprihatinan, di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara KELASSI dan agensi sekitar sepanjang bulan Ramadan.
Semoga inisiatif ini terus menyemai kebaikan dan memberi manfaat kepada semua.