Skip to content Skip to footer

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT NEGERI PERAK 2026

21 Mac 2026 – Suasana penuh meriah dan harmoni jelas terpancar di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Negeri Perak yang berlangsung di perkarangan Stadium Indera Mulia, Ipoh.
 
Majlis ini telah diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak, serta kehadiran YAB Menteri Besar Perak, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), ketua-ketua jabatan dan rakyat pelbagai lapisan yang bersama-sama memeriahkan sambutan Aidilfitri.
 
Pelbagai juadah hari raya disediakan bagi para tetamu yang hadir, di samping peluang untuk beramah mesra dalam suasana penuh muhibah dan kekeluargaan. Majlis ini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara pemimpin dan rakyat, malah menjadi simbol perpaduan dan keharmonian negeri Perak.
 
Semoga sambutan ini terus menyemai semangat kebersamaan dan memperkukuh silaturahim dalam kalangan seluruh warga negeri.
 

Perbadanan Setiausaha  Kerajaan Negeri Perak,
No. E-10-2, Menara SSI,Soho Ipoh 2,
Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak DR.

Penafian Laman

Pihak SSi tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini.

Statistik Pelawat

Hakcipta Terpelihara © 2026. Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Skip to content