LAWATAN TAPAK TANAH BERPOTENSI UNTUK PEMBANGUNAN FREE INDUSTRY ZONE, KLEBANG PRIMA & GUGUSAN MANJOI MUKIM HULU KINTA, DAERAH KINTA

LAWATAN TAPAK TANAH BERPOTENSI UNTUK PEMBANGUNAN FREE INDUSTRY ZONE, KLEBANG PRIMA & GUGUSAN MANJOI MUKIM HULU KINTA, DAERAH KINTA

7 Mei 2026
Satu lawatan tapak ke kawasan tanah berpotensi untuk pembangunan di Free Industry Zone, Klebang Prima dan Gugusan Manjoi, Mukim Hulu Kinta telah diadakan pada 6 Mei 2026. Ketua Pegawai Eksekutif SSI, Encik Zulkefli bin Abdullah bersama Ketua Unit Tanah SSI telah menjalankan tinjauan dan menilai potensi pembangunan yang boleh diteroka di lokasi berkenaan.
 
Lawatan ini memberi ruang kepada penilaian yang lebih menyeluruh terhadap kesesuaian tapak, di samping mengenal pasti peluang pembangunan strategik yang berpotensi untuk dilaksanakan. Setiap lokasi diteliti dengan mengambil kira aspek perancangan mampan, keperluan semasa serta impak jangka panjang terhadap ekonomi dan komuniti setempat.

Perbadanan Setiausaha  Kerajaan Negeri Perak,
No. E-10-2, Menara SSI,Soho Ipoh 2,
Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak DR.

Penafian Laman

Pihak SSi tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini.

Statistik Pelawat

Hakcipta Terpelihara © 2026. Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Skip to content