MAJLIS AKAD PENYERAHAN SUMBANGAN LEMBU KORBAN TAHUN 2026 DARIPADA SYARIKAT BERKAITAN KERAJAAN (GLC) NEGERI PERAK
7 Mei 2026
Majlis Akad Penyerahan Sumbangan Lembu Korban Tahun 2026 oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Negeri Perak kepada Kerajaan Negeri Perak telah berlangsung pada 6 Mei 2026 di Pejabat YAB Menteri Besar Perak.
Dalam majlis tersebut, YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Saarani bin Mohamad telah menerima lafaz akad penyerahan sumbangan lembu korban daripada Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI), Encik Zulkefli bin Abdullah.
Bersempena sambutan Aidiladha 1447H, SSI telah menyumbangkan sebanyak 50 ekor lembu korban kepada Kerajaan Negeri Perak sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat.
Sumbangan ini merupakan manifestasi keprihatinan SSI dalam menyantuni masyarakat, khususnya golongan yang memerlukan, di samping mengukuhkan hubungan kerjasama antara sektor korporat dan Kerajaan Negeri Perak. Inisiatif ini turut diharap dapat menyemarakkan semangat kebersamaan, keprihatinan dan penghayatan nilai pengorbanan sempena Aidiladha.




