PROJEK USAHASAMA SSI-MACORP HOLDINGS SDN. BHD. VILLA D'POLO, IPOH
21 April 2026
21 April 2026 – Lawatan tapak Unit Projek bersama Encik Zulkefli bin Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif telah diadakan bagi meninjau perkembangan semasa projek Villa D’Polo, Ipoh yang sedang dibangunkan secara berperingkat.
Untuk Fasa 1, sebanyak 48 unit rumah berkembar dua tingkat telah siap dan berjaya memperoleh Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) pada 26 Februari 2026. Pembangunan ini memberi nilai tambah kepada pertumbuhan kawasan sekitar serta menyokong perkembangan bandaraya Ipoh sebagai lokasi perumahan yang semakin berkembang.
Beberapa unit masih dibuka untuk jualan kepada pembeli yang berminat.
Pertanyaan lanjut: 011-5415 2363





