AKTIVITI ZUMBA ANJURAN KELASSI
18 Mei 2026
Program Zumba anjuran KELASSI telah diadakan di Besties Fitness Studio, Taman Perpaduan Jaya, Ulu Kinta, Perak pada 15 Mei 2026.
Program ini diisi dengan pelbagai aktiviti kecergasan yang bertujuan menggalakkan amalan gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan peserta. Selain memberi manfaat kepada kesihatan fizikal dan kesejahteraan mental, aktiviti seperti ini turut menjadi platform terbaik untuk mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kebersamaan serta mewujudkan suasana yang lebih positif, ceria dan harmoni dalam kalangan ahli KELASSI.
Inisiatif sebegini diharapkan dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai usaha berterusan dalam membudayakan gaya hidup sihat dalam komuniti.



