PERBINCANGAN KOLABORASI SOLAR BERSMA ZINNIA SYNERGY
19 Mei 2026
Satu sesi perbincangan strategik telah diadakan bersama Zinnia Synergy bagi menilai potensi pemasangan sistem solar rooftop di Menara SSI pada 19 Mei 2026. Pertemuan ini memberi fokus kepada penerokaan manfaat dari sudut kewangan dan operasi, selain membuka ruang kepada peluang kerjasama jangka panjang dalam penggunaan tenaga boleh baharu.
Langkah ini mencerminkan sebahagian daripada inisiatif SSI dalam pelaksanaan ESG ke arah peningkatan kecekapan tenaga, pengurangan jejak karbon serta menyokong aspirasi Negeri Perak sebagai negeri rendah karbon yang dipacu teknologi hijau.
Diharapkan perbincangan ini menjadi titik permulaan kepada kerjasama yang mampu mencipta impak positif, bukan sahaja kepada organisasi, malah kepada kelestarian alam dan masa depan tenaga negara.
