KURSUS ‘PRACTICAL ENGLISH PROFICIENCY IN WORKPLACE’ SIRI 1

KURSUS ‘PRACTICAL ENGLISH PROFICIENCY IN WORKPLACE’ SIRI 1

22 Mei 2026
Seramai 15 warga SSI telah menyertai Kursus ‘Practical English Proficiency in Workplace’ Siri 1 yang berlangsung pada 19 hingga 21 Mei 2026 di YP Training Academy Sdn. Bhd. Kursus ini dikendalikan oleh barisan penceramah daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh iaitu Puan Umaimah binti Mohd Idris, Dr. Faustina Roberts Francis dan Encik Ahmad Masdil Fazli bin Mohamed.
 
Kursus ini dianjurkan bagi memperkukuh penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan warga kerja, khususnya dalam aspek komunikasi profesional dan urusan harian di tempat kerja.
 
Melalui pendekatan pembelajaran yang praktikal serta interaktif, para peserta turut didedahkan dengan teknik komunikasi yang lebih efektif bagi meningkatkan keyakinan diri, kefahaman serta keupayaan menggunakan Bahasa Inggeris secara lebih yakin dan profesional dalam persekitaran korporat.
 
Pelaksanaan kursus ini mencerminkan komitmen SSI dalam memperkasa pembangunan kompetensi warga kerja ke arah persekitaran kerja yang lebih profesional, kompeten dan berdaya saing.

Perbadanan Setiausaha  Kerajaan Negeri Perak,
No. E-10-2, Menara SSI,Soho Ipoh 2,
Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak DR.

Penafian Laman

Pihak SSi tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini.

Statistik Pelawat

Hakcipta Terpelihara © 2026. Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Skip to content