PROGRAM MESRA HARI BERTEMU PELANGGAN KERAJAAN NEGERI PERAK SIRI 4 TAHUN 2026
15 JUN 2026
Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri 4 Tahun 2026 telah diadakan pada 15 Jun 2026 di Stadium Indera Mulia, Ipoh.
Program ini memberi peluang kepada orang ramai untuk berurusan secara terus dengan pelbagai agensi kerajaan, mendapatkan maklumat, mengemukakan aduan serta menyelesaikan urusan berkaitan perkhidmatan kerajaan dengan lebih mudah dan cepat.
Penganjuran program ini membuktikan komitmen Kerajaan Negeri Perak dalam meningkatkan penyampaian perkhidmatan serta mendekatkan agensi kerajaan dengan rakyat.







