HARI SUKAN KELASSI 2026

HARI SUKAN KELASSI 2026

26 JUN 2026
Hari Sukan KELASSI 2026 telah berlangsung dengan meriah pada 26 Jun 2026 di Padang SMK Gunung Rapat, Ipoh, menghimpunkan warga KELASSI dalam suasana penuh semangat kesukanan, kerjasama dan persaingan sihat menerusi penyertaan empat rumah sukan iaitu Merah, Biru, Kuning dan Hijau.
 
Pelbagai acara telah dipertandingkan termasuk larian 100 meter, 4 x 100 meter campuran, lontar peluru serta tarik tali campuran. Setiap peserta mempamerkan komitmen, daya saing dan semangat berpasukan yang tinggi sepanjang pertandingan berlangsung.
 
Tahniah kepada Rumah Merah yang berjaya dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Hari Sukan KELASSI 2026, manakala Rumah Kuning merangkul Anugerah Kostum Terbaik atas kreativiti yang dipamerkan.
 
Syabas buat semua peserta atas semangat kesukanan dan komitmen yang diberikan. Kalah atau menang, yang penting kita berjaya mencipta kenangan dan mengeratkan ukhuwah bersama.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan jawatankuasa dan urus setia yang telah bertungkus-lumus merancang serta menjayakan Hari Sukan KELASSI 2026.

Perbadanan Setiausaha  Kerajaan Negeri Perak,
No. E-10-2, Menara SSI,Soho Ipoh 2,
Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak DR.

Penafian Laman

Pihak SSi tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini.

Statistik Pelawat

Hakcipta Terpelihara © 2026. Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.