CERAMAH PERLINDUNGAN KESELAMATAN SOSIAL (LINDUNG 24 JAM)

CERAMAH PERLINDUNGAN KESELAMATAN SOSIAL (LINDUNG 24 JAM)

5 August 2026
Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) melalui Unit Sumber Manusia telah menganjurkan Ceramah Perlindungan Keselamatan Sosial (Lindung 24 Jam) pada 5 Ogos 2026 (Rabu) bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 2, Menara SSI.
 
Program ini diadakan bagi memberikan pendedahan dan meningkatkan kefahaman warga kerja SSI mengenai perlindungan keselamatan sosial yang disediakan oleh PERKESO, khususnya melalui Skim Lindung 24 Jam.
 
Melalui sesi perkongsian yang disampaikan, warga kerja berpeluang memahami dengan lebih jelas mengenai skop perlindungan, manfaat yang disediakan serta kepentingan perlindungan sosial dalam memastikan kebajikan dan keselamatan pekerja sentiasa terpelihara, sama ada ketika menjalankan tugas mahupun di luar waktu bekerja.
 
Penganjuran program ini turut menjadi platform untuk meningkatkan kesedaran warga kerja mengenai hak dan manfaat perlindungan sosial yang tersedia, selaras dengan usaha SSI dalam membentuk persekitaran kerja yang selamat, prihatin dan sejahtera.

Perbadanan Setiausaha  Kerajaan Negeri Perak,
No. E-10-2, Menara SSI,Soho Ipoh 2,
Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak DR.

Penafian Laman

Pihak SSi tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini.

Statistik Pelawat

Hakcipta Terpelihara © 2026. Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.