PELEPASAN KONTINJEN SUKAN MENEMBAK NEGERI PERAK KE SUKMA SELANGOR XXII 2026
15 Ogos 2026
Sesi pelepasan Kontinjen Sukan Menembak Negeri Perak ke SUKMA Selangor XXII 2026 telah disempurnakan oleh Encik Zulkefli bin Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif SSI.
Beliau turut menyampaikan amanat dan kata-kata semangat kepada para atlet agar kekal fokus, berdisiplin dan yakin dengan kemampuan diri.
Semoga seluruh atlet dapat memberikan yang terbaik, berjuang dengan penuh semangat dan mengharumkan nama Negeri Perak di pentas SUKMA.







