PERAK TERUS CEMERLANG DI ARENA MENEMBAK

PERAK TERUS CEMERLANG DI ARENA MENEMBAK

19 Ogos 2026
Kontinjen Negeri Perak terus melakar kejayaan di SUKMA XXII Selangor 2026 apabila atlet Sukan Menembak berjaya menyumbangkan 2 Pingat Perak dan 2 Pingat Gangsa pada 18 Ogos 2026.
 
Antara kejayaan yang diraih:
 
🥈 PERAK
     ⮞ 50M Rifle Prone Men (Berpasukan)
         – Nazirul Iqbal bin Roszaini
         – Muhammad Nu’aim Hussainin bin Mhd Zuki
         – Hiranraaj Viknesvaran
 
🥉 GANGSA
     ⮞ 50M Rifle Prone Men (Individu)
         – Hiranraaj Viknesvaran
 
🥈 PERAK
     ⮞ 50M Rifle Prone Women (Berpasukan)
         – Nor Alya Aqila Mahathir
         – Nurul Ain Murad
         – Ainul Mardhiah Mohd Yusri
 
🥉 GANGSA
     ⮞ 50M Rifle Prone Women (Individu)
        – Ainul Mardhiah Mohd Yusri
 
Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh atlet, jurulatih serta pasukan Sukan Menembak Negeri Perak atas prestasi membanggakan, semangat juang dan disiplin tinggi yang dipamerkan.
 
Sebagai Agensi Angkat bagi Sukan Menembak, SSI berbangga dapat terus memberikan sokongan dan bersama-sama menyemarakkan perjuangan atlet Perak dalam mengharumkan nama negeri di pentas SUKMA.
 
Tahniah Kontinjen Menembak Perak!

Perbadanan Setiausaha  Kerajaan Negeri Perak,
No. E-10-2, Menara SSI,Soho Ipoh 2,
Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak DR.

Penafian Laman

Pihak SSi tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini.

Statistik Pelawat

Hakcipta Terpelihara © 2026. Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.