SKUAD MENEMBAK PERAK AKHIRI SAINGAN SUKMA XXII DENGAN PENCAPAIAN CEMERLANG
23 Ogos 2026
Skuad Menembak Negeri Perak menutup saingan SUKMA XXII Selangor 2026 dengan pencapaian membanggakan apabila berjaya meraih keseluruhan 14 pingat, terdiri daripada 3 pingat emas, 5 pingat perak dan 6 pingat gangsa.
Pencapaian cemerlang tersebut turut diserikan dengan kejayaan meraih pingat emas pada hari terakhir kejohanan menerusi acara 10M Air Rifle Mixed.
PENCAPAIAN KESELURUHAN :
JUMLAH: 14 PINGAT
Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh Skuad Menembak Negeri Perak atas usaha, fokus dan komitmen yang dipamerkan sepanjang kejohanan.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan serta mengharumkan nama Negeri Perak pada kejohanan akan datang.







