TERUS MELANGKAH, SKUAD BERBASIKAL PERAK!

TERUS MELANGKAH, SKUAD BERBASIKAL PERAK!

22 Ogos 2026
Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI), selaku Agensi Angkat Pasukan Berbasikal Negeri Perak, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan syabas kepada seluruh atlet, jurulatih serta barisan pengurusan atas komitmen dan semangat juang yang ditunjukkan sepanjang SUKMA XXII Selangor 2026.
 
Para atlet berbasikal Perak yang bertanding dalam acara Lebuh Raya, Trek, Basikal Bukit (MTB) dan BMX telah memberikan saingan terbaik sepanjang kejohanan. Setiap perlumbaan turut memberikan pengalaman dan pendedahan berharga kepada para atlet dalam usaha meningkatkan prestasi masing-masing.
 
Teruskan berusaha, teruskan berlatih dan jadikan setiap pengalaman sebagai langkah untuk mencapai prestasi yang lebih baik.
 
SSI akan terus memberikan sokongan terhadap pembangunan sukan berbasikal Negeri Perak dan perjalanan para atlet dalam mengejar kejayaan.
 
Syabas skuad berbasikal Perak atas usaha dan perjuangan yang diberikan. Teruskan kayuhan menuju kejayaan!

Perbadanan Setiausaha  Kerajaan Negeri Perak,
No. E-10-2, Menara SSI,Soho Ipoh 2,
Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak DR.

Penafian Laman

Pihak SSi tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini.

Statistik Pelawat

Hakcipta Terpelihara © 2026. Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.