PROJEK USAHASAMA SSI DAN SYARIKAT BUMI JOHAN SDN. BHD.
298 September 2026
Projek usahasama antara Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) dan Syarikat Bumi Johan Sdn. Bhd. melibatkan pembangunan tanah milik SSI seluas 80 ekar di Dennistown I dan 64 ekar di Dennistown II, Parit Buntar, Perak.
Dennistown I
Keseluruhan pembangunan projek telah siap dibina, kecuali Kuarters Kerajaan sebanyak 19 unit, yang terdiri daripada 15 unit rumah teres dua tingkat dan 4 unit rumah berkembar dua tingkat. Kerja-kerja pembinaan kuarters tersebut masih berjalan dan dijangka siap pada tahun 2027.
Dennistown II
Bagi pembangunan Rumah Perakku I, II dan III, kemajuan pembinaan kini mencapai 75% dan dijangka siap pada awal tahun 2027.
Sementara itu, pembangunan Taman Kerian Sentosa mencatatkan kemajuan pembinaan bagi Fasa 3 sebanyak 86%, Fasa 4 sebanyak 33% dan Fasa 5 sebanyak 65%.









