LAWATAN KERJA MENINJAU PERKEMBANGAN IPOH SENTRAL
1 Oktober 2026
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI), Encik Zulkefli bin Abdullah, merangkap Ahli Lembaga Pengarah Ipoh Sentral Sdn. Bhd., bersama Ketua Pegawai Eksekutif Ipoh Sentral Sdn. Bhd., Encik Firdaus Effendy bin Mokhtar, telah mengadakan lawatan kerja ke Taman Landskap (Landscape Park), fasa pertama projek Ipoh Sentral.
Lawatan ini turut disertai wakil-wakil SSI, SSSB, ISSB dan MRCB, dengan taklimat berkaitan status semasa projek disampaikan oleh Encik Ivan Cheong, Pengarah Projek.
Sesi ini memberi peluang kepada pihak berkaitan untuk melihat sendiri perkembangan kerja di tapak serta mendapatkan gambaran terkini mengenai pelaksanaan projek.
SSI komited untuk terus bersama pihak berkepentingan dalam memastikan Ipoh Sentral dilaksanakan dengan baik dan selaras dengan perancangan yang ditetapkan.







