Skip to content Skip to footer

AMANAT TAHUN BAHARU | TEAM JAM 2026: JALAN TERUS

Program Team Jam 2026: Jalan Terus yang berlangsung pada 13 Januari 2026 membuka tirai tahun 2026 SSI dengan amanat yang jelas, ringkas dan penuh hala tuju daripada Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif.
Sepanjang sesi tersebut, fokus diberikan kepada penyelarasan keutamaan kerja serta pengukuhan disiplin pengurusan bagi memastikan SSI melangkah dengan lebih teratur dan strategik sepanjang tahun 2026.
Beliau turut mengajak warga kerja SSI untuk menerapkan budaya kerja yang lebih segar melalui tiga prinsip utama:

Be Innovative

Sentiasa bersedia mencuba pendekatan baharu bagi menghasilkan nilai dan impak yang lebih baik.

Lower Power Distance

Membudayakan komunikasi terbuka tanpa jurang, memperkukuh kerja berpasukan dan mempercepat tindakan.

Skin in the Game

Mengambil peranan secara kolektif, berkongsi tanggungjawab serta bersama-sama memikul keputusan organisasi.

 
Dengan semangat pasukan yang lebih segar, hala tuju yang lebih jelas dan komitmen seluruh warga kerjanya, SSI bersedia untuk Jalan Terus dalam merealisasikan strategi serta sasaran organisasi bagi tahun 2026.

Perbadanan Setiausaha  Kerajaan Negeri Perak,
No. E-10-2, Menara SSI,Soho Ipoh 2,
Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak DR.

Penafian Laman

Pihak SSi tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini.

Statistik Pelawat

Hakcipta Terpelihara © 2026. Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Skip to content